http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Khamis, 2 September 2010

Ragam 1 KRK 2 ;)

Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam sejahtera diucapkan juga,
Ini seloka 1 krk 2 yang punya,
Kalau terasa ampun dipinta.

Puan Suraya guru kelas kami,
Mengajar BM penuh dedikasi,
Bilangan kami adalah tersendiri,
9 puteta 19 puteri.

Monitor kami cina muridnya,
Namanye Lee Chan Yu tersemat di dada,
Masa bertugas serius gila,'
Tapi kalau dia dah marah,alamak gentarnye.

Alkisah bermula pelajar puteri,
Kontrol ayu jarang sekali,
Nak kata gatal tidak sekali kali,
Itulah lelaki janganlah kacau kami.

Assistant ketua bernama Pawithra,
Orangnya kecil molek senyum sentiasa,
Kasturi pula kembarnya,
Kemana pergi sentiasa bersama.

Ku Li Sze pula ' ceti ' kami,
Mengutip duit setiap hari,
Dari kelas Elite tercampak ke sini,
Kalau nak tahu Lim Xin Yi namanya.

Sharah pula gila-gila orangnya,
Sekali gelak bergegar dunia,
Kalau nak berkenalan jumpalah dia,
Tapi awas sudah berpunya.

Alkisah dua sahabat,
Kemana pergi tetap melekat,
Aini dan Raihana mahu sepakat,
Isi dan Kuku itulah ibarat.

Nor Fatihah duduk di depan sekali,
Di bawah kipas ibarat tuan puteri,
Bila bercakap lembut tak terperi,
Itulah Nisa nama di i/c.

Zarith Sophia nama budak ni,
Duduk hujung di belakang sekali,
Aina Halim ( aku lew ) kawan gadis ni,
Bab bergosip mengalahkan melodi.

Hannie Adlina nama diberi,
Nurul Aina member kamcengnya,
Duduk di belakang banyak 'story',
Bila ditegur tersenyum pula,

Nabilah dan Najihah kembar di kelas kami,
Dua-dua pendiam suka menyendiri,
Wan dan Pe'ah duduk menyebelahi,
Masa buat kerja gelak sendiri.

Seorang utara seorang selatan,
Itulah Nadia dan juga Shahira,
Ibarat terpisah ditengah lautan,
Tapi bercerita tak kalah pengacara.

Bermula kisah pelajar putera,
9 orang nye tak semua gile gile,
Depan gurlz tunjuk macho taunya,'
Entah boys ni bila nak taubatnya.

Fauzan dan Azizul ramai digilai,
Sentiasa ' smart ' setiap hari,
Sahabat mereka Amin orangnya,
Kalau berborak..emm tak tau nk kata pe.

Muhd Haikal sengal orangnya,
Bila cikgu takde mula lah nak merayap,
Cikgu bertanya diam seketika,
Di alam khayalan rupa-rupanya.

Duduk di depan dengan gaya sendiri,
Ainesh Rao nama ' tambi ' ni,
Sentiasa bersongkok setiap hari,
Muhd Iskandar,ketua klon kami.

Dari asrama penuh pindah ke mari,
Itulah Eddy yang diam setiap hari,
Di aspura tinggalnya mamat ni,
Muhd Aidil empunya diri.

Sekian sudah ragam kami,
Buat tatapan putera dan puteri,
Salap dan silap harap dimaafi,
Semoga kita bertemu lagi.


DIHASILKAN OLEH NURAINI ZAINUDDIN.
DIUBAHSUAI OLEH NUR'AINA NORHALIM.


BERSAMA PUAN NIRMALLA :D





MISS TEACHER ! <33